Tuesday 6 December 2011

BLOG PENGAJARAN - BAHASA MELAYU TAHUN 5

TEMA : KEPENGGUNAAN.

Baca dan fahami  syarahan di bawah ini.

        Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi yang berbahagia ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk, "Faedah-Faedah Menabung"

Hadirian yang dihormati,
     
Menabung amalan yang banyak memberikan faedah kepada kita semua. Amalan ini seharusnya disemai sejak kita berada di bangku sekolah lagi. Apabila menabung, sudah tentu duit tabungan itu dapat kita gunakan pada masa hadapan apabila diperlukan. Contohnya, kita dapat meringankan beban ibu bapa jika kita hendak melanjutkan pelajaran.
         
         Selain itu, amalan menabung juga dapat melatih diri menjadi lebih berhemah dalam berbelanja. Sebagai murid, tentulah ibu bapa kita memberi kita wang belanja pada setiap hari. Jika kita berjimat cermat, pasti wang itu mempunyai baki.Wang baki itulah yang dapat kita simpan sebagai tabungan.

          Menerusi amalan menabung, kita dapat mengumpul sejumlah wang. Walaupun duit tabungan tersebut disimpan sedikit demi sedikit, akhirnya jumlah wang yang terkumpul itu menjadi banyak seperti yang terdapat dalam peribahasa Melayu, iaitu sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

      Wang simpanan daripada tabungan itu dapat membantu kita ketika berada dalam kesulitan atau kecemasan. Contohnya, jika keluarga kita ditimpa kesusahan, maka bolehlah kita menggunakan wang tersebut untuk meringankan masalah tersebut. Dengan cara itu juga kita tidak perlu berhutang dengan sesiapa.

           Oleh itu, kita seharusnya melatih diri kita supaya suka menabung sejak kecil lagi. Amalan ini amat dituntut agar kehidupan masa depan kita dan keluarga akan lebih terjamin. Sekian, terima kasih.

B. Jawab soalan berikut berdasarkan petikan di atas :


 1.Apakan faedah yang diperoleh daripada amalan menabung ?

   -----------------------------------------------------------------------------

 2.Bilakah amalan menabung wajar dimulakan ?

   ---------------------------------------------------------------------------------

3.Bagaimana kita boleh mendapatkan wang untuk memulakan tabungan ?

   ---------------------------------------------------------------------------------

 4.Berikan lain-lain faedah yang diperoleh daripada amalan menabung.

   ----------------------------------------------------------------------------------

5. Pada pendapat anda di manakah syarahan ini disampaikan ?
    Sila jelaskan jawaban anda.

    --------------------------------------------------------------------------------



C. Tuliskan perkataan seerti bagi perkataan yang berikut.


      1. amalan               =      _____________________


      2. menabung          =      _____________________

      3. berhemah          =      ______________________

      4. kesulitan            =     ______________________

      5. dituntut             =     ______________________


Petikan 2 :

              Pasar malam ialah tempat orang ramai membeli-belah. Pasar malam di tempat saya diadakan pada hari Selasa.  Pasar malam ini cukup terkenal dan maju. Pasar malam bermula pada pukul 5.00 petang. Peniaga datang dari merata-rata tempat dan menjual pelbagai jenis barangan.

             Pasar malam di sini kelihatan seperti pesta. Lampu-lampu gerai menerangi sepanjang jalan. orang ramai pula daripada pelbagai bangsa berpusu-pusu mengunjungi pasar malam ini. Mereka akan singgah dari satu gerai ke satu gerai yang lain. Pengunjung yang datang tidak putus-putus. Kenderaan pula berbaris disepanjang jalan.

              Berbagai-bagai jenis barang dijual di pasar malam seperti barang keperluan dapur, pakaian, ubatan, makanan, dan bermacam-macam lagi. Harganya pula berpatutan. Suasana di sini riuh-rendah dengan suara pembeli dan penjual yang sedang tawar-menawar dan memanggil pembeli untuk mengunjungi gerai mereka. Berbagai cara digunakan oleh para penjual untuk menarik pelanggan.

               Kira-kira pukul 10.30 malam, keadaan mulai lengang. Peniaga mula mengemas barangan masing-masing untuk berangkat pulang. Minggu depan mereka akan berniaga lagi di tapak ini.


A. Jawab soalan-soalan di bawah.

 1.  Bilakah pasar malam diadakan?
      A. Hari Isnin                                                C. Hari Rabu
      B. Hari Selasa                                             D. Hari Khamis

2.   Maksud perkataan berpusu-pusu ialah
      A. bertolak-tolak                                         C. berduyun-duyun
      B. berbaris-baris                                          D. bersama-sama

3.   Berikut adalah barangan yang dijual di pasar malam kecuali
      A. barangan dapur                                       C. makanan
      B. pakaian                                                   D. alat tulis

4.   Bagaimanakah suasana di pasar malam?
      A. Riuh-rendah dengan suara pembeli dan penjual
      B. Sunyi-sepi kerana tidak ramai orang
      C. Kelam-kabut kerana orang ramai berebut-rebut membeli
      D. Tenang kerana tiada pembeli membeli barang

5.   Pada pukul berapakah peniaga mula mengemas barangan?
      A. Pukul 5.00 petang                                   C. Pukul 11 malam
      B. Pukul 10.30 malam                                  D. Pukul 1 pagi



B.  LATIHAN TATABAHASA

A.    .  1. Bentuk kata ganda separa daripada setiap perkataan di bawah.

1.       langit –      ____________________

2.       rambut –    ____________________

3.       jentik –      ____________________

4.       kabu –       ____________________

5.       jambat –    ____________________

6.       laki –         ____________________

B.       2. Bentuk kata ganda berentak daripada kata dasar yang diberikan.

1.       kelam –______________

2.       gelap – ______________

3.       gopoh –______________

4.       saudara –_____________

5.       pindah –______________

6.       sayur – _______________

C.     3. Susun perkataan di bawah supaya membentuk ayat tunggal. Kemudian, tulis semula ayat tunggal itu.

1.       sedang Anis bas menunggu di perhentian
__________________________________

2.       sangat ini Almari berat
__________________________________

3.       kuih-muih hari pada setiap Mak Cik Leha menjual
________________________________________

4.       berenang Kanak-kanak riang kolam di renang
______________________________________

5.       membersih taman kawasan Taman Permata Penduduk mereka
____________________________________________________



D.      4. Gabungkan ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung yang diberikan untuk membentuk      
            ayat majmuk.

1.       Najwa membuat latihan Matematik.
Najwa mendengar radio.                              (sambil)
________________________________________

2.       Puan Siti membeli sayur.
Puan Siti membeli ikan kembung.               (dan)
______________________________________

3.       Zaim memasang paip.
Zaim membasuh kereta.                                (untuk)
________________________________________

4.       Murid Tahun Satu menangis.
Ibunya telah pulang.                                       (kerana)
________________________________________

5.       Samad murid yang pandai.
Samad malas membuat kerja sekolah.         (tetapi)
________________________________________


LATIHAN PEMAHAMAN

E.       Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

           Pemberita           : Assalamu’alaikum Pak Cik Ahmad. Saya Azman wakil daripada akhbar    
                                       Harian Timur.
           Pak Cik Ahmad  : Wa’alaikumussalam. Sila duduk.
           Pemberita           : Terima kasih. Tujuan saya adalah untuk menemu ramah Pak Cik Ahmad
                               tentang kejayaan pak cik menternak ayam daging dan kambing.
Pak Cik Ahmad  : Boleh. Silakan.
Pemberita           : Sudah berapa lamakah Pak Cik Ahmad menternak ayam daging dan              
                            kambing ini ?
Pak Cik Ahmad  : Sudah lebih 20 tahun, sejak tahun 1986 lagi.
Pemberita           : Berapakah jumlah ayam daging dan kambing yang pak cik ternak?
Pak Cik Ahmad  : Jumlah ayam daging lebih daripada 3000 ekor. Jumlah kambing pula 180  
                                 180 ekor
Pemberita          : Apakah nasihat pak cik kepada yang ingin melibatkan diri dalam penternakan
                               ayam daging dan kambinig ini?

Pak Cik Ahmad  : Sikap yang penting sekali ialah ketabahan, rajin, dan usaha yang gigih.  
                               Jangan cepat putus asa.
Pemberita           : Terima kasih. Saya ucapkan selamat maju jaya.
Pak Cik Ahmad  : Terima kasih, kembali.


1.       Azman bertugas dengan akhbar ....................

A.            A .  Buletin Pengguna                                       C.     Utusan Media
B.                   B .  Harian Timur                                              D.     Salam Pengguna

2.       Siapakah penternak yang Berjaya?

A.           A.Azman                                                          C.     Pak Cik Ahmad
B.                  B. Pemberita                                                     D.     Editor akhbar Harian Timur

3.     Apakah yang diternak oleh Pak Cik Ahmad ?

        A. Ayam daging dan kambing                      C.     Lembu dan ayam telur
        B. Kambing dan burung puyuh                    D.     Lembu dan kambing

4.       Sejak bilakah Pak Cik Ahmad menceburi bidang penternakan ayam daging dan kambing ini?

A.                        A. 1980                                                       C.  1986


                B. 1996                                                       D.  2006
C.          
D.       

5.       Perkataan rajin bermaksud ______________

A.           A.  gigih                                                        C.  tabah
B.      
C.                     B. minat                                                        D. tidak putus asa
D.      


LATIHAN  TATABAHASA

A.      Garisi kata ganda separa yang paling sesuai.

1.       Zamil suka makan (bebola, bebuli) ikan di Gerai Wak Giman.

2.       Mak Cik Jah mengumpul (dedaun, kekabu) untuk dibakar.

3.       (Jejari, Pepohon) kelapa bergoyang ditiup angin.

4.       Cikgu Fatihah membersih sarang (lelabah, kekura) di dalam bilik darjah Tahun Lima Bijak.

5.     5..Pak Uda mengukur papan itu dengan menggunakan (sesiku, lelangit).

B.      Isi tempat kosong dengan kata ganda berentak yang paling sesuai 

        

 gelap-gelita                           Lauk-pauk                                geli-gelaman

 kering kontang                     lintang-pukang                          kucar-kacir





1.       Keadaan di Kampung lalang_______________ walaupun jam baru menunjukkan pukul 8.30    
       malam.
2.       Satish _______________ menyelamatkan diri apabila dikejar anjing liar.

3.       Zila________________ apabila melihat ular sawa di dalam sangkar.

4.       ________________ di majlis perkahwinan anak Pak Dollah sedap belaka.

5 .      Keadaan dalam negara itu______________ akibat perang saudara

 6. Sawah di belakang rumah datuk ______________ kerana hujan tidak turun sejak tiga bulan yang lalu.

C.      Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat tunggal di bawah.
1.                 
       Banglo Datuk Mansor kelihatan cantik.
(a)    Subjek :__________________________
(b)   Predikat : ________________________
2.             
       Puan Zaimah suka membuat kek.
(a)    Subjek : __________________________
(b)   Predikat : _________________________
3.       
       Pekerja itu berehat di perdu pokok rambutan.
(a)    Subjek :___________________________
(b)   Predikat : _________________________
4.       
       Kuku harimau belang itu sangat panjang.
(a)    Subjek : ___________________________
(b)   Predikat : __________________________
5.       
       Sang Kancil mengejek kura-kura kerana berjalan lambat.
(a)    Subjek : ___________________________
(b)   Predikat :__________________________

D.      Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.
1.           1. Sekolah akan cuti hari ini____________________esok.

2.            2. Kakak ingin menjadi doktor__________________ abang berminat menjadi jurutera.

3.            3.Mak Bedah menjaja kuih _________________ nasi lemak.

4.              4.Pemuda itu memandu ___________________ menekan nombor telefon.

5.              5. Jamal masuk bilik _________________ menutup pintu.

6.       6.Ayu tidak hadir ke sekolah ______________sakit mata.


E.       Gariskan kata ganti separa yang sesuai.

1.           (Pepohon/ Dedaun) buluh di belakang rumah datuk telah ditebang oleh Seman.

2.            Kedua-dua mempelai itu melayan para (tetangga/ tetamu ) dengan mesra sekali.

3.            (Lelabah / Kekura) membuat sarang di atas pokok getah.

4.            (Tetupai / Bebiri) itu sedang meragut rumput di tepi perigi.

5.       Murid sekolah mesti menggunakan (jejantas / lelangit) sewaktu melintas jalan.

6.               Encik Ali selallu menziarahi jiran (lelangit / tetangga) pada hari minggu.

F.       Isi tempat kosong dengan kata ganda berentak yang betul.

1.              Budak-budak Kampung Banggol sedang__________________ di sungai.

2.                ____________________di gerai Mak Limah telah habis di jual.

3.                 Penduduk Taman Dahlia_____________________ membuang semak-samun di sekitar taman    
              perumahan mereka.

4.                Peristiwa yang berlaku itu__________________ pasti diketahui orang juga.

5.                Penagih dadah itu lari______________________apabila tempat mereka diserbu polis.
6.             ___________________di kantin sekolah enak dan menyelerakan


A.





No comments:

Post a Comment