Friday 28 October 2011

ELAKKAN KESALAHAN UMUM TATABAHASA (1)

KATA BILANGAN

- Kata bilangan digunakan untuk menghitung sesuatu. Kata bilangan terbahagi kepada  
  beberapa jenis :
  a) kata bilangan tentu- satu, lima belas, seratus, tiga ribu, dan sebagainya 
  b) kata bilangan tak tentu-beberapa, para, semua, seluruh, dan sebagainya
  c) kata bilangan pecahan- setengah, suku, satu per tiga, dan sebagainya
  d) kata bilangan pisahan- masing-masing, setiap, tiap-tiap, dan sebagainya
  e) kata bilangan himpunan- berbagai-bagai, pelbagai, keenam-enam, dan sebagainya
  f ) kata bilangan tingkat- pertama, kedua, ketiga, keempat, dan sebagainya

Kesalahan yang lazim dilakukan


1. Kata berbagai-bagai tidak boleh disingkatkan menjadi berbagai.
    CONTOH :
    Berbagai jenis sayuran kampung dijual di pasar tani. [ SALAH ]
    Berbagai-bagai jenis sayuran kampung dijual di pasar tani. [ BETUL ]

2. Kata bilangan tiap-tiap tidak boleh disingkatkan menjadi tiap
    CONTOH :
    Tiap pagi Encik Amin menghantar anaknya ke sekolah [ SALAH ]
    Tiap-tiap pagi Encik Amin menghantar anaknya ke sekolah. [ BETUL ]

3. Kata bilangan sesetengah tidak boleh disingkatkan menjadi setengah
    CONTOH :
    Setengah orang tidak suka akan buah durian. [ SALAH ]
    Sesetengah orang tidak suka akan buah durian. [ BETUL ]

4. Kata para tidak boleh digandakan
    CONTOH :
    Para-para pemandu harus mematuhi undang-undang jalan raya. [ SALAH ]
    Para pemandu haris mematuhi undang-undang jalan raya. [ BETUL ]


KATA HUBUNG


- Kata hubung digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa 
  dengan klausa, dan ayat dengan ayat.


- Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis iaitu :


  1. Kata Hubung Gabungan- atau, dan, lalu, lantas, maka, sambil, serta, tetapi


  2. Kata Hubung Pancangan - agar, andaikata, apabila, bahawa, biarpun, hingga, jika,  
      kerana, lantaran, meskipun, sebelum, sehingga, sejak, seketika, sekiranya, selagi, 
      selama, sementara, supaya, tatkala, dan sebagainya


  3. Kata Hubung Berpasangan - baik...baik, baik...mahupun, biarpun...ataupun, bukan 
      sahaja...bahkan juga, makin...makin, jangankan...pun, semakin...semakin, sama 
      ada...ataupun, sedangkan...apatah lagi, dan sebagainya


Kesalahan yang lazim dilakukan


1. Kata hubung bila tidak boleh menggantikan kata hubung apabila
    CONTOH :
    Dia terkejut bila diumumkan sebagai pemidato terbaik. [SALAH]
    Dia terkejut apabila diumumkan sebagai pemidato terbaik. [BETUL]


2. Kata hubung agar dan supaya mendukung makna yang sama. Oleh itu, pilih salah satu 
    sahaja.
    CONTOH :
    "Berfikirlah baik-baik agar supaya tidak menyesal kemudian hari," nasihat ibu kepada 
     abang. [SALAH]
    "Berfikirlah baik-baik agar tidak menyesal kemudian hari," nasihat ibu kepada 
     abang. [BETUL]

    "Berfikirlah baik-baik supaya tidak menyesal kemudian hari," nasihat ibu kepada 
     abang. [BETUL]


3.  Kata sebab tergolong dalam kelas nama yang sama. Oleh itu, kata sebab tidak  
     sepatutnya 
     digunakan sebagai kata hubung, kata itu mestilah disertai kata sendi oleh.
     CONTOH :
     Faizal tidak ke sekolah sebab demam. [SALAH]
       Faizal tidak ke sekolah oleh sebab demam. [BETUL]

4.  Kata jika dan sekiranya mendukung makna yang sama. Oleh itu, pilih salah satu sahaja.
     CONTOH :
     Jika sekiranya tiada aral, kami akan bercuti di Pulau Tioman pada minggu depan. [SALAH]
       Jika tiada aral, kami akan bercuti di Pulau Tioman pada minggu depan. [BETUL]
     Sekiranya tiada aral, kami akan bercuti di Pulau Tioman pada minggu depan. [BETUL]

KATA SENDI


-   Kata sendi digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa 
   yang lain.


-  Kata sendi letaknya di hadapan kata nama atau frasa nama.


-  Contoh kata sendi :
   
   (a) akan/kepada/terhadap - digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau 
        sikap
   (b) bagi/untuk - digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
   (c) dari - digunakan untuk tempat dan masa 
   (d) daripada - digunakan untuk perbandingan, orang, asal kejadian, pertentangan, benda 
        abstrak, dan menunjukkan keanggotaan.
   (e) kepada - digunakan untuk orang atau kata ganti diri
   (f ) oleh - digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-
   (g) pada - digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit 
        tertentu.


Kesalahan yang lazim dilakukan


1. Kata sendi hanya boleh disertai frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi.
    CONTOH :
    Oleh kerana hujan turun dengan lebat, perlawanan bola sepak itu terpaksa dihentikan. [SALAH]
    Oleh sebab hujan turun dengan lebat, perlawanan bola sepak itu terpaksa dihentikan. [BETUL]


2. Sebagai kata yang merangkaikan kata frasa nama dengan frasa adjektif dan kata kerja tak 
    transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan.
    CONTOH :
    Kita mesti hormat orang tua. [SALAH]
    Kita mesti hormat akan orang tua. [BETUL]


3. Kata sendi untuk dan demi tidak boleh digunakan secara berturut-turut. 
    CONTOH :
    Perajurit berjuang mati-matian demi untuk mempertahankan negara. [SALAH]
    Perajurit berjuang mati-matian demi  mempertahankan negara. [BETUL]
    Perajurit berjuang mati-matian untuk mempertahankan negara. [BETUL]


4. Kata sendi dengan tidak boleh digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan  
    ter-
    CONTOH :
    Kami amat terpegun dengan kepetahan kanak-kanak itu bercerita,. [SALAH]
     Kami amat terpegun oleh kepetahan kanak-kanak itu bercerita,. [BETUL]





Saturday 15 October 2011

INDAHNYA BAHASAKU

·      PERIBAHASA TAHAP 2

1.     Ukur baju di badan sendiri
* Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita
2.     Sebagaimana acuan,begitulah kuihnya
* Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka
3.     Alah bisa tegal biasa
* Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa
4.     Malu bertanya sesat jalan,malu berdayung sampan hanyut
* Jika tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan
5.     Bagai kerbau terkejut oleh gong
* Tercengang –cengang kehairanan
6.     Melentur buluh biarlah dari rebungnya
* Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda
7.     Berani kerana benar,takut kerana salah
        * Bertindak kerana berada di pihak yang benar.
8.     Katak di bawah tempurung
        *Orang yang tidak berilmu
9.     Malang tidak berbau
        *Kemalangan yang tidak di ketahui sebelumnya 
10.  Janganlah sudah terhantuk baru terngadah 
                    * Orang yang lambat menyedari kesilapan
11.  Sediakan payung sebelum hujan
       * Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu  yang kurang baik
12.  Seperti rusa masuk kampong
   * Tercengang-cengang melihat sesuatu yang baru    pertama kali di lihat olehnya.
13.  Bagai kambing diseret ke air
 * Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan.
14.  Menangguk di air keruh
* Memanfaatkan situasi/keadaan yang lagi kacau untuk mencari keuntungan pribadi.
15.  Isi dengan kuku
* Hubungan sangat karib
16.  Berat sama di pikul ,ringansama dijinjing
 Baik buruk sama-sama menolong
17.  Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang
 Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja
18.    Bagai aur dengan tebing
 * Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan
19.  Enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-         masing                                                                                               
* Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan
20.  Ikut hati mati,ikut rasa binasa
* Orang yang hanya memperturutkan kata hati saja tanpa menggunakan akal fikiran
21.  .Ingat sebelum kena ,jimat sebelum habis
 *  Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.
22.  Bersatu teguh bercerai roboh
 Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah.
23.  Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
 Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga
24.  Bagaikan cendawan,tumbuh selepas hujan
* Terlalu banyak pada sesuatu masa.
25.  Hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah
  * Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sdikit sama-sama mendapat sedikit.

Latihan peribahasa.        
Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai


1.Penduduk Taman Harmoni saling berkerjasama dalam semua aktivit kemasyarakatan, mereka juga saling bantu membantu umpama ................




* Sila tuliskan jawapan anda dalam ruangan komen.




Friday 7 October 2011

BERHIBUR SAMBIL BELAJAR


















BERHIBUR SAMBIL BELAJAR

BINGKISAN BAHASA

CARA MENGENAL KATA NAMA

1. Faizul membeli tiga pasang baju dari pasar raya.

2. Ayah menyembeleh sepuluh ekor ayam pada hari raya yang lalu.

3. Sebilangan penduduk di negara ini amat mementingkan kebersihan.

4. Ketiga-tiga orang pelajar itu memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Huraian


Kata nama merupakan kata yang menamai orang, tempat, benda, atau konsep. Kata nama dapat diketahui apabila kata itu didahului penjodoh bilangan.
Misalnya dalam ayat (1), baju didahului dengan penjodoh bilangan pasang.
Kata nama juga boleh didahului dengan bilangan tentu. Dalam ayat (2), sepuluh merupakan kata bilangan tentu yang bergabung dengan penjodoh bilangan ekor dan kata nama ayam.
Di samping itu, kata nama didahului dengan kata bilangan tak tentu juga, seperti sebilangan seperti dalam ayat (3). Seterusnya, kata nama boleh didahului dengan kata bilangan himpunan juga.
Ayat (4), jelas menunjukkan contoh penggunaan kata bilangan himpunan yang mendahului kata nama, iaitu pelajar