Friday 7 October 2011

BINGKISAN BAHASA

CARA MENGENAL KATA NAMA

1. Faizul membeli tiga pasang baju dari pasar raya.

2. Ayah menyembeleh sepuluh ekor ayam pada hari raya yang lalu.

3. Sebilangan penduduk di negara ini amat mementingkan kebersihan.

4. Ketiga-tiga orang pelajar itu memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Huraian


Kata nama merupakan kata yang menamai orang, tempat, benda, atau konsep. Kata nama dapat diketahui apabila kata itu didahului penjodoh bilangan.
Misalnya dalam ayat (1), baju didahului dengan penjodoh bilangan pasang.
Kata nama juga boleh didahului dengan bilangan tentu. Dalam ayat (2), sepuluh merupakan kata bilangan tentu yang bergabung dengan penjodoh bilangan ekor dan kata nama ayam.
Di samping itu, kata nama didahului dengan kata bilangan tak tentu juga, seperti sebilangan seperti dalam ayat (3). Seterusnya, kata nama boleh didahului dengan kata bilangan himpunan juga.
Ayat (4), jelas menunjukkan contoh penggunaan kata bilangan himpunan yang mendahului kata nama, iaitu pelajar








No comments:

Post a Comment